KEAGAMAAN DAN KEROHANIAN




Pelbagai program keagamaan telah dianjurkan sama ada anjuran pihak kampung, Peringkat Daerah atau Peringkat Negeri.

        i.            Program membudayakan Al Quran selepas solat Maghrib dan pembacaan hadis (selepas solat fardu Subuh) setiap di masjid dan surau.
        ii.          Kelas Fardhu Ain mingguan setiap pagi hari Jumaat di rumah Hj Bahrin bin Giman
      iii.          Kelas fardu ain wanita di rumah dan pemuda di masjid diadakan dua kali seminggu.
      iv.          Kelas bimbingan haji dan umrah oleh Hj Bahrin Bin Gimon Imam Masjid Jamek Kampung Melayu Raya.
        v.          Program korban secara berkelompok dan aqiqah.
      vi.          Majlis Mulidur Rasul diadakan di Masjid Jamek Kg Melayu Raya.
    vii.          Program berbuka bersama Tuan Pegawai Daerah dan rombongannya (setiap tahun)
  viii.          Program berbuka puasa dan bersolat terawih bersama  Rombongan AJK Umno Bahagian dan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pontian (setiap tahun).
      ix.          Program Tahlil dan bacaan Yasin setiap malam Jumaat di Masjid dan di rumah-rumah (selepas solat Isyak) mengikut kumpulan tahlil.
      x.            Program ceramah Israk dan Mi’raj dan Nisfu Syaaban.