KEPIMPINAN




Kejayaan Kampung Melayu Raya, di peringkat daerah dan peringkat negeri merupakan bukti keberkesanan kepimpinan JKKK. Semua penduduk kampung ini sentiasa memberi kerjasama yang sepenuhnya terhadap kepimpinan kampung. Setiap pertubuhan di kampung ini saling membantu dan bekerjasama berusaha meningkatkan prestasi kampung demi mencapai kecemerlangan dan kejayaan seterusnya. Pelbagai pelan tindakan telah, sedang dan akan dirancang demi mencapai matlamat ini. Setiap penduduk kampung ini ditanamkan sifat sayang dan bangga terhadap kampung mereka. Inilah yang menjadi teras kejayaan kampung ini.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB JKKK
  •       Membuat mesyuarat AJK yang dicadangkan sebanyak 2 bulan sekali walau bagaimanapun kekerapan perjumpaan sentiasa berubah mengikut keperluan semasa. Mesyuarat  diadakan bagi membincangkan program yang dirancang agar ianya berjalan dengan teratur dan sempurna.
  • ·           Merancang segala pembangunan dan projek-projek kemasyarakatan.
  •             Menyusun kerja-kerja gotong royong.
  • ·         Merujuk segala perancangan pembangunan melalui jabatan-jabatan yang berkenaan dan bekerjasama untuk pelaksanaannya.
  •                Menjadi perantara antara jabatan-jabatan dengan orang ramai.
  •            Mengatur sektor keselamatan kampung.
  •      Menghalang dan menangani punca-punca perpecahan masyarakat dan anasir-anasir yang tidak sihat melalui kegiatan gejala sosial, fahaman politik, keagamaan dan lain-lain lagi.
  •            Menentukan rancangan pembangunan yang hendak dilaksanakan di dalam kampung.
  •            Menilai dan menyusun keutamaan projek yang telah diluluskan hendaklah dilaksanakan samada :
    1. Secara bergotong-royong atau
    2. Berkerjasama dengan agensi-agensi kerajaan atau
    3. Berkerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan atau
    4. Lain-lain cara yang difikirkan sesuai.
    5. Membantu  kerajaan  di  dalam  melaksanakan  projek-projek yang diluluskan dari segi kelancaran perlaksanaan projek dan juga membantu mendapatkan tapak projek yang sesuai.
    6. Menjadi badan perantaraan di antara orang-orang kampung dengan kerajaan dan badan-badan luar.