PENDIDIKAN



Aspek pendidikan merupakan salah satu aspek yang paling diberi penekanan oleh seluruh penduduk kampung ini. Pendidikan secara formal telah berjalan secara seiring dengan pembangunan kampung ini. Sehingga kini kampung ini mempunyai tahap pendidikan pra sekolah sehinggalah ke peringkat institut pengajian tinggi sama ada di dalam dan di luar negari. Kehidupan tahap sosio  ekonomi telah meningkat dengan adanya anak-anak kampung ini yang menjawat pelbagai jawatan sama ada di sektor kerajaan atau di sektor swasta.

Pelbagai usaha dan program yang telah di rancang dan telah di jalankan dari masa ke semasa bagi mempertingkatkan kecemerlangan penduduk di kampung ini. Kelas-kelas bimbingan peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM diadakan dari masa ke semasa. Bukan itu sahaja bimbingan kerjaya atau kursus-kursus motivasi juga telah di jalankan bagi membuka minda anak-anak di kampung ini di dalam memilih kerjaya mereka. Setakat ini kelas-kelas bimbingan berpusat di Sek. Keb Melayu Raya yang di lengkapi dengan pelbagai kemudahan pusat sumber, perpustakaan dan kelas komputer.

Bagi anak-anak watan yang kurang cemerlang di bidang pelajaran, bimbingan  kerjaya di berikan dengan memberikan kemahiran-kemahiran seperti di pusat-pusat kemahiran belia, Giat Mara dan tidak kurang juga yang mempunyai kemahiran membawa jentera berat membawa bas exspress dan bekerja sendiri. Sebagai pengusaha makanan sebagai kontraktor binaan dan pengusaha kedai makan, kedai jahit dan seumpamanya.

Namun begitu pendidikan tidak berhenti di tahap itu kelas-kelas agama untuk wanita untuk orang muda dan untuk jemaah masjid juga diadakan samaada secara mingguan, bulanan atau sempena sesuatu hari kebesaran Islam. Bagi para pemuda yang mendapat kemahiran di pusat-pusat kemahiran mereka sentiasa di bantu oleh badan-badan kerajaan untuk membina tapak untuk memulakan perniagaan atau khidmat nasihat bagi merebut peluang-peluang pinjaman bagi membesarkan perniagaan mereka.

Bagi anak-anak kampung yang telah berjaya mereka sentiasa bersedia memberikan khidmat dan sumbangan tidak kira masa dan pada bila-bila masa apabila di minta atau secara sukarela samaada dalam bentuk wang ringgit, tenaga, buah fikiran, kepakaran atau pun keperluan. Dengan adanya kesepaduan inilah maka kampung Melayu Raya terus berkembang pesat menuju kecemerlangan.